suria

Wali Band datang Malaysia semula! Penganjur mahu tebus kesilapan konsert lalu

KUMPULAN Wali Band kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert Wali Kembali yang dijadual berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 1 Mei depan.

Menurut penganjur iaitu Hatta, konsert tersebut merupakan salah satu usaha mereka menebus semula kekurangan konsert sebelum ini selain mengembalikan kepercayaan peminat terhadap mereka.

Kesan daripada kejadian di Konsert RadjaWali Live In Malaysia, pihak penganjur menerima kecaman hebat bukan saja di Malaysia malah di Indonesia.

"Benda ni bukan isu di Malaysia ya tapi isunya sampai ke Indonesia jadi  saya terpanggil untuk buat sekali lagi konsert Wali Live in Malaysia dengan tajuknya Wali Kembali. 

"Kembali untuk menebus semua persoalan peminat, apa-apa rasa tidak puas hati peminat dan dalam masa rasa tidak puas hati penganjur juga jadi kami akan kembalikan Wali Band," katanya kepada mStar.

Meskipun berlaku kekecohan sebelum ini, namun mereka bersyukur kerana Wali Band masih memberikan kepercayaan untuk meneruskan kerjasama melakukan persembahan di Malaysia. 

“Alhamdulillah, Wali Band masih percaya dengan kami dan bersetuju untuk kembali bekerjasama. Itu yang buat kami lebih bersemangat untuk tampil lebih baik,” luahnya.

Tambahnya, persiapan rapi dari segi produksi dan teknikal sedang giat dilakukan, malah Wali turut membawa peralatan khas muziknya dari Indonesia.

Mengulas isu kekecohan yang berlaku semasa konsert sebelum ini, Hatta berkata perkara itu sedang dalam proses mahkamah dan menunggu proses tindakan selanjutnya.

“Saya tak mahu ulas panjang. Biarlah mahkamah tentukan dari segi undang-undang,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi