suria

Fareez Fauzi tak putus asa, ingat pesanan Hazama - “Dia pun struggle, ambil masa 10 tahun”

PENYANYI dan pelakon Fareez Fauzi mengakui perjalanan dalam industri seni bukanlah sesuatu yang mudah, namun dia bersyukur apabila mendapat bimbingan daripada mentornya, Hazama yang sentiasa memberi dorongan.

Sedekad dalam dunia seni, Fareez atau Muhammad Fareez Hazwan Mohd Fauzi, 29, berkata Hazama bukan sekadar mentor, malah sudah dianggap seperti abang sendiri yang banyak berkongsi pengalaman sepanjang bergelar anak seni.

“Hazama bukan sekadar mentor tapi dah macam abang saya. Dia sendiri cakap dengan saya, nak capai apa dia ada sekarang pun ambil masa lebih 10 tahun.

“Jadi saya fikir Hazama pun ‘struggle’, kalau saya baru 10 tahun maksudnya boleh lagi dan kata-kata dia beri motivasi buat saya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fareez kini semakin aktif menghasilkan kandungan di platform TikTok sebagai salah satu usaha menambah sumber pendapatan.

Malah, dia turut mengakui sokongan daripada isteri menjadi antara faktor penting yang mendorongnya untuk terus maju, meskipun ada kalanya kata-kata yang diberikan agak ‘pedas’.

“Buat affiliate di TikTok adalah salah satu punca pendapatan sampingan. Daripada buat sesuatu yang buang masa di media sosial, baik saya buat perkara yang ada manfaat.

“Isteri banyak beri semangat, walaupun kata-kata dia pedas, macam kalau saya tak buat content lebih baik kerja biasa sahaja.

“Tapi kata-kata itu membantu saya membesar dan tidak berada dalam zon selesa,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi