suria

Ubai beli tanah tanam kelapa dan durian, rancang bina ‘homestay’... Jadikan David Beckham inspirasi

BUKAN sahaja aktif dengan kempen di platform digital, personaliti media sosial Ubai turut mula memberi tumpuan kepada pelaburan jangka panjang dalam bidang pertanian sebagai persediaan masa depan.

Menurut Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 28, dia kini giat mengusahakan beberapa lot tanah miliknya di Pahang dan Johor dengan tanaman kelapa serta durian sebagai langkah membina aset jangka panjang.

“Sekarang selain sibuk dengan kempen di media sosial, saya sibuk dengan tanah sendiri dan tanam pokok kelapa dan durian insya-Allah lagi dua tahun akan berbuah.

“Pelan untuk tanah adalah untuk berbakti pada bumi dulu, ada modal nanti buat rumah ke homestay, saya rancang dalam lima tahun tapi tidak terlalu fokus... apa-apa pun tengok kewangan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ubai turut menjelaskan pelaburan dalam beberapa lot tanah itu juga merupakan sebahagian daripada perancangannya untuk masa hadapan termasuk sebagai ruang ‘healing’ apabila usia semakin meningkat.

“Saya memilih beli beberapa tanah untuk healing waktu tua, Shila suka dan manalah tahu ada rezeki dapat beli hartanah di China.

“Apapun kita hanya merancang Allah yang menentukan,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi