suria

Salah tetap salah! Intan Ladyana nasihat suami jaga batas walau hanya ‘curang’ dalam permainan video

PELAKON Intan Ladyana memilih untuk tidak melatah berhubung dakwaan kononnya suaminya Harris Alif berlaku curang iaitu 'microcheating' seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Intan atau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 44, turut menegaskan setiap individu perlu menjaga batas dalam apa juga keadaan bagi mengelakkan salah faham.

“Saya tidak terlibat dalam hal ini sebab bukan saya yang 'microcheating' tapi lebih baik tanya dengan orang yang terlibat saja.

"Apa yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul jadi faham-faham sendiri saja la ya," katanya kepada mStar online.

"Saya pun pelakon juga dan ada yang memerlukan panggilan sayang itu semua jadi saya tahu batas sebagai isteri.

Dalam pada itu, Intan memberitahu hubungannya dengan suami masih lagi baik setakat ini.

“Setakat ini semuanya okey sahaja. Kami jalani kehidupan seperti biasa dan tahu peranan masing-masing jadi semuanya okay,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi