suria

Banyak kenangan, Ahmad Idham setia pakai BMW lama tinggalan bapa... Paling penting tak berhutang!

MINAT mendalam terhadap dunia automotif membuatkan pengarah dan penerbit, Dr Ahmad Idham terus setia menjaga kereta bapanya iaitu sebuah BMW 5 Series (E39) yang kini sudah mencecah usia 20 tahun.

Menurut Idham atau Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 52, kenderaan tersebut mempunyai nilai sentimental yang menjadi saksi perjalanan awal dia bersama bapanya dalam dunia perniagaan.

“Kereta ini saya beli daripada bapa saya sebelum saya lakukan sedikit modifikasi.

“Bagi saya, kereta ini menyimpan terlalu banyak kenangan, lebih-lebih lagi ketika kami mula berniaga dahulu,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Idham berkata faktor bebas hutang menjadi antara sebab utama dia masih mengekalkan kereta tersebut sehingga hari ini.

"Lagipun kereta ni tiada hutang, umur macam sekarang nak kurangkan hutang, banyak lagi nak kena bayar.

"Harga kereta ini sekarang tak sampai RM10,000 tapi buat kereta ni dalam RM15,000 tapi yang penting tiada hutang," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi