KISAH tiga usahawan membina jenama perniagaan hingga ke luar negara boleh dijadikan inspirasi buat rakyat Malaysia.
Tiga usahawan itu iaitu Azfar Ikhwan, Hazirah dan Mohd Arif Tukiman tidak berputus asa membawa jenama mereka sehingga dikenali dipasaran antarabangsa.
Selain usaha dan perancangan berterusan syarikat, mereka juga memanfaatkan kemudahan dan bantuan yang diberikan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Melalui sokongan tersebut, ketiga-tiga usahawan ini berpeluang mengembangkan produk serta perkhidmatan mereka sehingga dikenali di lebih 10 buah negara terutamanya Asia Tenggara.
Hazirah Che Hasim, menyambung legasi makanan sejuk beku yang diusahakan ibunya di Terengganu sejak tahun 1994.
Perniagaan Fatihah Frozen terus melakar pencapaian baharu apabila berjaya memasuki pasaran luar negara sekitar tahun 2010 dan menerima sambutan positif terutamanya di negara ASEAN.
Sementara itu, usahawan muda, Azfar Ikhwan Abdul Malek berkata, MITI membuka ruang besar kepada syarikat miliknya, Bin Malek Global Sdn Bhd untuk menembusi pasaran serantau.
Memulakan operasi pada tahun 2018, Azfar menerusi jenama Bin Maleeq sudah berada di lebih lima buah negara.
Dalam pada itu, seorang lagi usahawan iaitu Ariff Tukiman yang menyediakan perkhidmatan perisian pengurusan pelayan web, RunCloud sudah berkembang di lebih 100 negara.
Perisian dibangunkan syarikatnya kini berupaya bersaing dengan jenama terkenal antarabangsa dan terus berkembang setiap tahun hasil sokongan konsisten daripada MITI.
Bagi mereka yang ingin mengikut jejak langkah seperti tiga orang usahawan berjaya ini, bolehlah dapatkan maklumat lanjut mengenai Geran Pembangunan Pasaran (MDG) dan panduan permohonan di laman web https://www.matrade.gov.my/en/export-to-the-world/trade-facilitation-page/market-development-grant
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































