USAHAWAN muda Azfar Ikhwan Abdul Malek bersyukur bantuan diberikan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah membuka peluang kepada syarikat miliknya Bin Malek Global Sdn Bhd menembusi pasaran serantau negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
Memulakan perniagaan pada tahun 2018, Azfar atau Azfar Ikhwan Abdul Malek,26, memberitahu jenama Bin Maleeq kini telah berada di lebih lima buah negara.
“Tahun 2019 kami menembusi pasaran negara luar ke negara Kuwait, UAE, Saudi Arabia manakala tahun 2020 syarikat berjaya tambah lagi negara lain antaranya Afrika Barat, Filipina, Mauritis.
“Syarikat Bin Malek Global Sdn Bhd telah berjaya berada di pasaran luar melebihi lima buah negara. Terima kasih atas sokongan MITI yang memberi peluang kepada jenama syarikar kami menembusi pasaran luar,”katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































