suria

Kongsi rezeki hari bahagia, pengantin beri ‘doorgift’ anak ayam niat buka mata tetamu minat dunia ternakan

PERKAHWINAN pasangan Nikman dan Anis yang berlangsung di Perak pada Ahad lalu menarik perhatian netizen selepas video majlis mereka tular gara-gara kelainan yang ditampilkan.

Selain menghidangkan pelbagai pilihan makanan serta hadiah cabutan bertuah, perkara yang mencuri tumpuan ramai adalah ‘doorgift’ unik berupa anak ayam, itik dan burung puyuh yang diberikan kepada para tetamu.

Bagaimanapun, pemberian haiwan hidup itu mengundang pelbagai reaksi apabila rata-rata netizen menganggap ia sebagai sesuatu yang keterlaluan dan tidak sesuai dijadikan cenderamata.

Mengulas mengenai kecaman yang diterima, Nikman atau Nornikman Mohd Yusoff, 39, menjelaskan tindakannya itu sebenarnya bertujuan untuk mendidik orang ramai agar lebih berminat terhadap bidang penternakan.

“Benda ini, sebenarnya saya bagi haiwan itu adalah untuk buka fikiran orang ramai. Supaya mereka minat dalam industri ternakan ini sebab saya boleh buat sebelum ini, daripada bela seekor lembu, kini sudah 200 ekor lembu.

“Saya tidak buat kekejaman kepada haiwan. Itu hanyalah niat untuk buka rezeki orang ramai kalau mereka bela haiwan tersebut dan membiak. Haiwan itu pun sebenarnya pagi majlis baru sampai. Tak seksa pun,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi