suria

“Saya tak tua lagi”... Enggan terus digelar Mak Cik Kemboja, mahu dipanggil Madam Mariyah

PERNAH dihimpit kontroversi antaranya isu hina Melayu malas dan diceraikan secara siaran langsung di TikTok, usahawan Madam Mariyah mengakui semua yang berlaku adalah ujian serta ketentuan Allah.

Menurut Mariyah, 50, kekuatan yang dimilikinya sekarang ini sepenuhnya datang daripada Allah dan tidak pernah sekalipun dia terduduk hanya kerana kecaman netizen.

“Kuat ini Allah yang bagi, saya percaya pada Allah. Itu prinsip saya ketika satu dunia kecam saya. Tidak pernah terduduk disebabkan kecaman netizen,” katanya kepada mStar.

Tambah Mariyah yang sebelum ini dikenali sebagai Makcik Kemboja, dia kini lebih selesa sekiranya dikenali dengan nama Madam Mariyah dan enggan dikaitkan lagi dengan gelaran lama itu.

“Saya nak orang kenal dengan Madam Mariyah. Saya makcik ke? Lupakan makcik itu, saya belum tua. Bukan tak suka, cuma kalau boleh tidak mahulah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mariyah turut berkongsi pandangannya tentang penjagaan kecantikan yang menurutnya satu nilai penting untuk setiap wanita.

“Menjaga kecantikan adalah satu kelebihan. Kalau suami lari, kau tetap ada nilai itu, orang lain tengok. Wajib wanita jaga kecantikan. Kita nak setiap hari bangun-bangun tidur dah cantik. Kalau tak cantik, jangan bangun,” katanya sambil ketawa.

Dalam perkembangan lain, Mariyah baru sahaya melancarkan beberapa produk penjagaan wanita dan kopi di bawah jenama AuraMaria.

Dengan slogan ‘Impian Seorang Wanita’, Mariyah yakin produk keluarannya mampu menjadi penyuntik keyakinan dan semangat buat para wanita seperti mana dilalui ketika berdepan cabaran hidup beberapa bulan lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi