suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dewa Arteh wajib ‘bawa’ abang penuhi tawaran solo… Selesa kerja berdua

PELAWAK dan pelakon Dewa Arteh menafikan dakwaan kononnya ingin bergerak secara solo selepas dilihat kerap menerima tawaran berlakon secara individu berbanding kumpulannya iaitu Deroyan.

Dewa atau nama sebenarnya Mohd Hafizul Mohd Yusof, 30, berkata, dia masih menjalankan projek bersama kumpulan berkenaan yang turut dianggotai oleh abangnya iaitu Has dan juga Eric Fuzi.

Menurutnya, tawaran kerja mereka berbeza namun perkara itu tidak menjejaskan komitmen untuk terus menghasilkan kandungan bersama.

"Mungkin orang lebih mengenali saya dalam bidang lakonan, sebab saya sering mendapat tawaran berlakon. Namun, kami masih mempunyai projek bersama kumpulan Deroyan bersama Eric Fuzi.

"Tawaran yang kami terima berbeza-beza. Kami masih bergerak bersama sebagai Deroyan, kalau tengok di TikTok pun, kandungan bersama Eric masih berjalan seperti biasa.

"Kalau tawaran kerja saya akan bawa abang untuk membantu kalau saya berlakon, saya akan minta pihak produksi menyesuaikan sedikit jalan cerita supaya abang boleh turut serta. Ada juga saya meminta bantuan abang untuk menjayakan sesuatu projek," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi