HAMPIR 150 buah negara telah menggunakan perkhidmatan perisian pengurusan pelayan web, RunCloud.
Produk dibangunkan oleh anak tempatan, Mohd Arif Tukiman itu mula beroperasi sekitar awal tahun 2017.
Berkongsi perjalanan jenamanya itu, Arif, 34, memberitahu perniagaan berkenaan berkembang atas sokongan dan bantuan daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Selepas lapan tahun beroperasi, perisiannya kini mampu bersaing dengan jenama terkenal antarabangsa dan semakin berkembang setiap tahun.
Malah, sambutan pengguna sangat menggalakan apabila kini mereka menerima lebih 90,00 jumlah langganan.
"Bermula hasilkan perisian RunCloud pada September 2017, kemudian dan pelanggan atau pengguna kami banyak di luar negara antaranya di Jerman, Perancis, Sweden, Amerika Syarikat dan negara Asia lain.
"Dengan bantuan MITI sangat jelas apabila sewaktu kami berurusan di luar negara, pihak MITI banyak menguruskan daripada segi kenalan pasaran luar negara… MITI banyak membantu malah sehingga sekarang ini masih juga bantu," katanya kepada mStar.
Bagi mereka yang ingin mengikut jejak langkah RunCloud dan menjadi salah satu kisah kejayaan eksport seterusnya.
Ayuh dapatkan maklumat lanjut mengenai Geran Pembangunan Pasaran (MDG) dan panduan permohonan di laman web https://www.matrade.gov.my/en/export-to-the-world/trade-facilitation-page/market-development-grant
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































