PERSONALITI media sosial Prince Syed Shahid meluahkan rasa syukur keadaan kesihatan isterinya iaitu Fatin Syazwani kini beransur baik selepas dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu.
Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai konflik melibatkan dirinya dengan keluarga mentua.
Sebaliknya, usahawan itu memberitahu dia akan berusaha menyelesaikan kemelut berkenaan dengan cara baik.
“Keadaan isteri saya sekarang Alhamdulilah semakin baik dan positif, mungkin bila-bila masa doktor boleh benarkan untuk pulang ke rumah.
“Cuma buat masa sekarang ini saya tengah tunggu keputusan dan saranan doktor saja, mungkin minggu ini atau minggu depan isteri boleh keluar.
“Saya sekarang ini fokus jaga isteri. Untuk soal keluarga mertua, tiada komen sebab tidak mahu timbulkan sebarang spekulasi lagi buat masa ini, saya pilih untuk berdiam saat ini,”katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































