suria

Banyak undangan selepas viral video main kompang, ‘abang sado’ mahu angkat seni budaya

NAMA Afiqq Seid tiba-tiba mencuri perhatian netizen selepas tular video dia bermain kompang di acara Sarong Music Run pada Sabtu lalu.

Menurut Afiq, 28, dia mula berminat terhadap alat muzik kompang sejak di sekolah rendah dan masih diteruskan sehingga kini, meskipun sedang sibuk dengan kerjaya sendiri serta aktif dalam dunia bina badan.

"Saya main kompang sejak darjah enam. Sekarang saya ada kerja sendiri, kompang ini saya buat secara separuh masa sahaja," katanya kepada mStar.

Tambah Afiqq lagi, meskipun ada yang mencadangkannya untuk memasuki dunia lakonan, namun dia tidak berminat kerana mahu memberi tumpuan pada kerjaya sedia ada.

"Ramai yang suruh pergi berlakon, tapi minat saya tidak ke arah sana. Kalau dipaksa pun tak menjadi. Pernah ada tawaran sebelum ini, tapi saya tolak," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi