PENCIPTA lagu Justice For Zara Qairina iaitu Norsalim Ali tidak menyangka lagu ciptaannya itu menerima sambutan baik daripada pengguna media sosial termasuklah warga Indonesia, Thailand dan Singapura.
Menurut Norsalim atau nama sebenarnya Mohd Norsalim Mohd Ali, 62, tujuan asal dia menghasikan lirik dan lagu menggunakan teknologi kecergasan buatan (AI) itu adalah untuk membela kematian remaja Zara Qairina.
“Saya baru ikuti kursus AI dengan Jabatan Perpaduan Negeri Melaka, dan lagu dihasilkan itu sekadar suka-suka saja.
“Bila saya lihat kes kematian Zara Qairina ni, saya buat lagu ini untuk beri kesedaran supaya kes ini menjadi perhatian orang ramai.
“Allahyarham pula baru berusia 13 tahun, dah macam cucu saya, jadi memang agak tersentuh apabila melihat kes ini, waktu hasilkan lagu ni ambil masa seminggu juga untuk disiapkan liriknya dan tak sangka mendapat perhatian ramai,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































