suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AI dalam pendidikan bantu murid maju ke depan, guru perlu bijak tangani kekeliruan pelajar

SEGMEN Vodcast Kenot Brain kali ini menampilkan dua tetamu istimewa iaitu Ketua Eksekutif Sektor Pengurusan Penyampaian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr. Rosdy Wahid dan Guru Pendidikan Islam dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali, Selangor, Muhd Tarmizi Awang.

Menerusi sesi bual bicara dikendalikan Ajak Shiro, kedua-dua panel membincangkan pelbagai isu berkaitan kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan serta peranannya membentuk masa depan generasi akan datang.

Menurut Rosdy, penggunaan AI mampu membantu generasi muda bergerak lebih maju dalam bidang pendidikan sekiranya teknologi berkenaan dimanfaatkan dengan betul dan penggunaannya dikawal.

Dalam masa sama, perkembangan AI turut mencabar guru untuk membimbing murid menilai kesahihan sesuatu fakta dan mengelakkan kekeliruan akibat percanggahan maklumat yang diperoleh menerusi teknologi berkenaan.

Sementara itu, Tarmizi turut berkongsi pengalamannya sepanjang tujuh tahun mengajar di sebuah sekolah di Sarawak, termasuk berdepan cabaran kekurangan kemudahan internet yang mengehadkan akses kepada sumber pembelajaran digital.

Menurutnya, kekangan tersebut tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha memberikan pendidikan terbaik kepada murid.

Sebagai seorang pendidik, Tarmizi berusaha mencari pendekatan dan melakukan inovasi dalam proses pengajaran bagi memastikan anak-anak didiknya terus memperoleh ilmu pengetahuan serta peluang pembelajaran yang sewajarnya.

Pelbagai perkara menarik dikongsikan dalam episod kali ini, termasuk potensi AI dalam dunia pendidikan, cabaran yang perlu dihadapi guru serta kepentingan memastikan kemajuan teknologi dapat dimanfaatkan secara menyeluruh oleh semua murid.

TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi