suria

Danny selamba tayang ‘love bite’, tanda dah berpunya... Mengaku terlebih over tunjuk kemesraan selepas nikah

GARA-GARA menampakkan kesan love bite atau gigitan cinta di leher, usahawan yang juga merupakan personaliti media sosial iaitu Danny menerima kecaman netizen.

Dalam hal ini, Danny atau nama sebenarnya Adam Hamil, 43, berkata kesan merah pada lehernya itu memberi petunjuk seseorang itu sudah mempunyai pasangan, sekali gus dapat mengelakkan berlakunya curang.

“Bagi saya bila ada kesan gigitan cinta ini, untuk para suami susah sikit mereka nak curang sebab orang tahu itu suami orang. Selalunya mereka yang tak nak benda-benda merah ini, biasanya ada skandal di luar.

“Jadi hati-hati, daripada jaga saya lebih baik jaga pasangan anda sendiri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Danny turut menjawab kecaman netizen kononnya dia dan isteri iaitu Nur Atikah Hamidon, 26, terlalu menunjuk kemesraan di media sosial.

Akui sedang bahagia menjalani kehidupan rumah tangga, Danny menjelaskan dia dan isteri bercinta selepas kahwin yang mungkin menjadi punca tindakan mereka itu dilihat keterlaluan.

Untuk rekod, Danny selamat bergelar suami kepada Atikah dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah dewan dekat Telok Panglima Garang, Selangor pada 19 April lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Danny dan juga Atikah.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi