suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Banyak kena taubat ni” - Rezeki Taiyuddin Bakar ditawar tunai umrah kali ketiga tanpa guna duit simpanan

PELAKON Taiyuddin Bakar tidak menyangka hasratnya untuk menunaikan ibadah umrah sekali lagi dipermudahkan apabila menerima tajaan bagi membolehkannya ke Tanah Suci bersama isteri, Norzila Zulkifli.

Menurut Taiyuddin, 43, dia sebelum ini merancang untuk mengumpul wang hasil perniagaan nasi berlauk bagi menampung kos menunaikan umrah.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka rezeki untuk menjadi tetamu Allah SWT hadir lebih awal daripada yang dijangkakan, malah wang yang dikumpulnya itu dapat digunakan untuk membawa isterinya bersama.

"Saya ada fikir nak tunaikan umrah hasil sedikit duit meniaga, tapi tak sangka secepat ini.

"Alhamdulillah, bila tengok duit yang dikumpul itu, saya seorang ditaja. Lepas itu, duit yang saya kumpul dapatlah bawa isteri saya," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, pelakon itu memberitahu perjalanan kali ini merupakan kali ketiga dia menunaikan ibadah umrah dan menariknya, semua perjalanan tersebut hadir tanpa dia perlu menyimpan wang secara khusus untuk tujuan berkenaan.

Menurut Taiyuddin, dia melihat peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebagai satu rezeki yang cukup bermakna, selain menyedari dirinya perlu terus memperbaiki diri.

Taiyuddin dan isterinya, Norzila Zulkifli dijadualkan berangkat ke Tanah Suci pada 19 Oktober ini bagi menunaikan ibadah umrah.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi