suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah harga RM1.1 juta belum terjual, Black Hanifah masih mencari pembeli... “Saya bukan nak untung”

MASIH belum menemui pembeli sesuai, penyanyi Black Hanifah terus berusaha menjual rumah miliknya yang terletak di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah, 39, berkata dia berhasrat menjual kediaman berkenaan bukanlah semata-mata untuk meraih keuntungan, sebaliknya mahu melepaskan rumah yang jarang didudukinya.

Menurut Black, dia juga tidak kisah sekiranya rumah tersebut masih belum terjual memandangkan dia juga kerap pulang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

“Rumah itu masih belum terjual lagi. Tapi kalau tak jual pun okey sebab saya selalu juga pulang ke Kuala Lumpur.

“Kalau masih ada yang berminat, saya mencari pasangan yang baru nak mula kehidupan bersama.

“Saya jual bukan nak untung, cukup sekadar melepaskan batuk di tangga,” katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai harga kediaman itu, Black berkata rumah berkenaan ditawarkan pada harga sekitar RM1.1 juta termasuk kos pengubahsuaian yang telah dilakukannya.

Bagaimanapun, dia terbuka untuk berunding dengan bakal pembeli yang berminat kerana tidak menjadikan urusan jual beli rumah sebagai perniagaan utamanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi