suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Dituduh sengaja bangkitkan isu fitnah, Ruhainies tak boleh tunggu lagi... “Takkan minggu atau tahun depan?”

BUKAN sengaja mahu membangkitkan semula isu, sebaliknya pelakon Ruhainies mempunyai alasan tersendiri untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa memfitnah dirinya.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, berkata dia tidak sepatutnya menunggu masa yang sesuai untuk mengambil tindakan bagi tujuan mempertahankan diri.

Kata Ruhainies, tindakan itu perlu dilakukan dalam tempoh munasabah memandangkan dakwaan berkenaan masih hangat diperkatakan sehingga memberi kesan terhadap dirinya.

“Saya ada nampak juga di Threads, orang kata saya sengaja membangkitkan isu. Isu (fitnah) ini timbul takkan saya nak kena tunggu garis masa orang lain pula… Sebab orang itu ada sesuatu (acara), takkan nak kena tunggu.

Ruhainies tidak lagi akan berdiam diri terhadap pemfitnah di media sosial.

“Tak adil untuk saya. Kena tunggu minggu depan atau tahun depan baru nak ambil tindakan? Itu tidak adil. 

“Saya kena fikir untuk diri sendiri juga, siapa yang nak bantu saya?" katanya kepada mStar. 

Ruhainies berkongsi perkara itu pada sidang media bersama wakil peguam yang diadakan di Cili Kampung, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu, peguam yang mewakilinya, Mohd Haizal Ayop berkata, tindakan segera diambil kerana dakwaan fitnah berkenaan mula timbul pada 10 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ruhainies tak berdiam diri, tiga individu bakal berdepan saman RM3 juta... Tuntut permohonan maaf secara terbuka!

ARTIKEL BERKAITAN: “Melampau tuduh saya dibela” - Ruhainies cabar pihak dakwa ada hubungan sulit dengan VIP kemuka bukti 

“Kes fitnah ini timbul pada 10 Oktober lalu, jadi kalau kami tidak mengambil tindakan sekarang, nanti selepas seminggu orang kata benda dah lama.

“Jika ditangguh lagi, polis dan orang ramai akan mempersoalkan keseriusan kita,” ujarnya.

Seorang lagi wakil peguam daripada Tetuan Azainie & Fakhrul iaitu Fakhrul Azman Abu Hasan pula menjelaskan bahawa tindakan undang-undang itu perlu diambil bagi mengelakkan sebarang tanggapan bahawa Ruhainies bersetuju dengan dakwaan berkenaan.

“Dalam kes fitnah ini jika dibiarkan ia seolah-olah kita bersetuju dengan fitnah tersebut. Disebabkan itu tindakan diambil dalam tempoh munasabah.

“Kami perlu mengambil tindakan atas fitnah yang disebarkan itu. Isu pun masih hangat lagi,” ujarnya. 

Ruhainies diwakili dua peguam, Mohd Haizal (kiri) dan Fakhrul Azman (kanan).

Pada Selasa, Ruhainies memaklumkan sudah melantik dua peguam daripada dua firma guaman berbeza bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa menyebarkan fitnah membabitkan dirinya.

Antara dakwaan yang dipertikaikan ialah kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan individu kenamaan.

Menerusi tuntutan berkenaan, ketiga-tiga individu itu diminta membuat permohonan maaf, memberikan akujanji untuk menarik balik atau memadam segala kenyataan berunsur fitnah, menghentikan penyebaran tohmahan serta menanggung kos guaman.

Sekiranya tuntutan itu gagal dipenuhi dalam tempoh tujuh hari, pihak Ruhainies akan menuntut ganti rugi berjumlah RM3 juta.

 

Artikel Lain