PELAKON Izara Aishah merayu orang ramai supaya menghentikan sebarang tohmahan dan kecaman melampau terhadap pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora.Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham, 34, mengakui perselisihan faham yang tercetus berpunca daripada kesalahan dirinya sendiri yang bertindak mengikut emosi dan kurang profesional di media sosial. “Orang Malaysiaku, pengikut saya. Minta tolong jangan hina sudah pasukan Lesti kerana yang salahnya adalah saya sebab bersikap emosi dan tidak profesional di media sosial ini.Kenyataan Izara di Threads. “Jangan sampai mencaci. Kalau boleh minta maaf, tidak kiralah kalau kita betul pun insya-Allah, Allah akan memberi ganjaran yang besar kalau kita meminta maaf," katanya melalui satu hantaran di Threads pada Selasa. Dalam pada itu, Izara turut memohon pengikutnya untuk tidak lagi memperbesarkan isu berkenaan sehingga sanggup menghina fizikal mahupun maruah keluarga Lesti. “Kalau sudah sampai menghina rupa, keluarga dan sebagainya, itu bukan kita. Tolong, saya mohon berhenti. Semua silap saya, saya mengaku sepenuhnya,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah mengaku silap tegur secara terbuka, mohon maaf kepada Lesti KejoraARTIKEL BERKAITAN: Suami Lesti Kejora dakwa ‘bodyguard’ tegur anak kasar... Izara Aishah beri penjelasan, mohon maaf sekali lagiUntuk info, kemelut antara kedua-dua pihak mula tercetus apabila Izara membuat hantaran meluahkan rasa terkilan terhadap sikap pengurusan Lesti yang didakwa bersikap dingin dan hanya melayan individu berstatus kenamaan (VIP) di belakang pentas.Bagaimanapun, pelakon berkenaan bertindak memadam kenyataan terbabit tidak lama kemudian selepas menyedari luahan tersebut mula mencetuskan perdebatan dan salah faham dalam kalangan netizen.Lesti dijemput sebagai penyanyi undangan bagi Konsert Gema Bumantara.Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Izara tampil membuat permohonan maaf kepada Lesti susulan kebimbangannya bahawa teguran secara terbuka itu boleh mengguris hatidan memberi kesan emosi.Untuk rekod, Lesti hadir ke Malaysia bagi menjayakan Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu sebagai penyanyi jemputan.