PELAKON Izara Aishah tampil menjawab kenyataan suami kepada penyanyi Indonesia, Lesti Kejora iaitu Rizky Billar yang mempersoalkan tindakan pengawal peribadi dipercayai daripada pasukan aktres itu yang dikatakan telah menegur anak mereka dengan kasar.Bersedia mengambil tindakan terhadap individu terbabit sekiranya dakwaan itu benar, Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham, 34, sekali lagi tampil memohon maaf kepada Lesti susulan insiden berkenaan. “Bodyguard yang mana berani menegur anak kamu begitu? Saya akan ambil tindakan dan memberi amaran kepadanya.“Maaf atas perangai bodyguard itu kerana kalau anak saya ditegur kasar begitu saya pun akan marah.Perkongsian Rizky yang dimuat naik di Threads miliknya pada Isnin.“Kirim salam pada Lesti (isteri Rizky) dan maaf atas kekurangan dari team kami,” katanya.Izara berkongsi perkara itu menerusi ruangan komen di Threads sebagai respons terhadap kenyataan ditulis oleh Rizky Billar.Dalam pada itu, Izara menjelaskan dia menyukai anak pasangan berkenaan dan melayan kanak-kanak itu dengan baik sekali.Malah, dia turut mengakui berasa bimbang melihat keadaan anak pasangan itu yang kelihatan penat ketika berada di sebuah tempat makan.ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah mengaku silap tegur secara terbuka, mohon maaf kepada Lesti KejoraARTIKEL BERKAITAN: 70,000 peminat Siti ‘restui‘ Konsert Tradisional Gema Bumantara dalam hujan“Anak kamu baik-baik saja, saya suka anak kamu, saya selalu tegur dia bijak.“Saya juga khuatir tentang anak kamu kerana dia kelihatan penat di tempat makan. “Kamu pun baik saja orangnya, seperti yang saya kongsikan sebelum ini,” ujarnya.Sebelum itu, Rizky menerusi hantaran di Threads mempersoalkan tindakan Izara yang menegur pasukan Lesti, selain mendakwa pengawal peribadi pelakon itu turut menegur anaknya dengan kasar.“Mengatakan team kami tidak mempunyai etika atau adab? Anda (Izara) boleh jelaskan sama ada individu tersebut adalah team atau rakan yang saya undang?“Sebelum anda menghakimi orang lain, tolong beritahu bodyguard anda, lain kali kalau ada kanak-kanak tidak perlu menegur dengan kasar sambil menyebut ‘don’t touch’ (jangan sentuh). “Mungkin itu yang menyebabkan rakan saya bersikap dingin dengan anda,” jelasnya.Izara sebelum ini memohon maaf secara terbuka kepada Lesti.Pada pagi Isnin, Izara menerusi hantaran di Threads menegur pasukan Lesti yang menunjukkan sikap kurang mesra dan memilih individu untuk bertegur sapa.Malah, Izara turut mendakwa mereka hanya bersikap baik apabila berhadapan dengan individu terkenal atau orang kenamaan (VIP).Bagaimanapun, hantaran berkenaan telah dipadamkan.Untuk info, Lesti merupakan artis jemputan yang turut memeriahkan Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.