PERKONGSIAN pelakon Que Haidar memaparkan foto bersama keluarga aktres Nur Fazura mencuri tumpuan ramai sehingga timbul spekulasi hubungan mereka kini mula memasuki fasa lebih serius.Menjelaskan perkara tersebut, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 43, memberitahu pertemuan tersebut hanya sekadar merapatkan hubungan antara Que dan keluarganya memandangkan mereka sudah lama kenal. "Saya ada ramai sahabat, Que juga ada ramai sahabat. Bila jumpa keluarga itu tidak salah untuk eratkan silaturahim" katanya ringkas.Fazura sekali lagi mencuri tumpuan ramai.Hubungan rapat Fazura dan Que kebelakangan ini juga sering menjadi perhatian ramai kerana mereka sering dilihat membalas komen selain melakukan sesi siaran langsung di media sosial.Malah, dalam masa sama aktres itu tidak menafikan Que merupakan lelaki paling rapat dengannya."Boleh dikatakan dia paling rapat sebab kami bersahabat lama. Kami dah tahu perangai masing-masing. Sekarang dia rapat dengan saya," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Fazura titip pengalaman hidup dalam 'Kisah Terbaik' ARTIKEL BERKAITAN: Hentikan provokasi, Fazura mohon jangan campur tangan urusan besarkan anak bersama Fattah AminKedua-dua mereka sebelum ini pernah terlibat dalam filem Gol & Gincu (2005) dan Legenda Budak Setan sekitar tahun 2010.Mereka kemudian kembali bergandingan dan akrab selepas sama-sama terlibat sebagai duta jenama pakaian tahun ini.Untuk rekod, Fazura pernah berkahwin dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun.Manakala Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 47, pernah berkahwin dengan guru tari Linda Jasmine pada Februari 2009 dan sah bercerai pada Julai 2024.