suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hentikan provokasi, Fazura mohon jangan campur tangan urusan besarkan anak bersama Fattah Amin

Fazura mohon sokongan peminat untuk dia terus menjaga keharmonian dalam membesarkan anak.

PELAKON Nur Fazura memohon orang ramai agar menghentikan provokasi dan tidak campur tangan dalam urusan membesarkan anak bersama bekas suaminya, aktor Fattah Amin.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkata campur tangan pihak tertentu boleh memberi kesan selepas kedua-duanya mencapai kata sepakat dalam membesarkan anak mereka, Nur Fatima Aisha.

"Jangan ganggu proses ini, di mana kami ingin menjadi co-parents sebaik-baiknya untuk Fatima.

Fazura menahan sebak ketika berkongsi luahan di TikTok. 

"Harap di luar sana, tidak kira sesiapa pun, jangan mencampuri atau mengganggu niat baik kami untuk menjadi co-parents demi keharmonian anak," katanya dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.

Fazura juga dilihat tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi perkara tersebut dan berharap tiada lagi sebarang provokasi melibatkan kedua-dua pihak.

Malah, dia sekali lagi mengingatkan peminat bahawa jodohnya dengan Fattah sudah berakhir selepas mereka sah bercerai pada Oktober 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan Fazura, Fattah Amin luang masa di acara sekolah Fatima raih perhatian 

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin lapor ’Musang Berjanggut’ susulan dedah info sulitnya dan Fazura

"Ingatlah, jodoh, ajal dan maut Allah sudah tentukan. Harap peminat-peminat saya dan Fattah menerima hakikat bahawa sudah tiada jodoh antara kami.

"Daddy Fatima pun dah ada keluarga sendiri dan saya pun ada kehidupan saya," ujarnya.

Tambahnya, dia dan Fattah juga sudah berbincang serta meminta peminat tidak menyebarkan sebarang kata-kata buruk dalam urusan melibatkan anak mereka.

Fazura dan Fattah sebelum ini sama-sama hadir ke acara di sekolah anak mereka. 

Pelakon itu pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak lagi mengeruhkan keadaan, sebaliknya terus memberikan sokongan secara matang dan menghormati kedua-dua belah pihak.

"Seperti mana yang saya katakan kepada Fattah, selagi tidak ada lagi provokasi atau kata-kata yang tidak baik daripada peminat-peminat, bererti tiadalah lagi perbalahan.

"Dari hari ini, kita mula berharmoni. Sudah cukuplah dengan provokasi, fitnah dan cacian kerana kita semua semakin dewasa," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain