suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Riena Diana tetap profesional walaupun cemburu Keith Foo dengan heroin lain, kurang gaduh bila jarang kongsi media sosial

Riena profesional dalam hubungannya bersama Keith.

PELAKON Riena Diana memilih untuk bersikap profesional meskipun berasa cemburu apabila melihat kekasihnya, Keith Foo bergandingan dengan heroin lain dalam naskhah lakonan.

Bagaimanapun, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 29, berkata dia masih mampu mengawal perasaan itu kerana menghormati dan memahami tuntutan kerjaya masing-masing sebagai pelakon.

“Tipulah kalau saya kata saya tidak cemburu. Saya manusia biasa, sudah tentu ada rasa cemburu. 

Riena akui rasa cemburu, tapi kekal profesional. 

"Tapi saya tidak boleh mengongkong dia sebab saya pun berada dalam industri yang sama. Kalau dia perlu buat sesuatu untuk watak, saya pun perlu buat perkara yang sama.

“Bagi saya, yang penting masing-masing tahu menjaga batas. Selagi tahu di mana had dan kekal profesional, itu sudah memadai,” katanya kepada mStar.

Mengulas dakwaan dia mengongkong Keith sehingga tidak membenarkan aktor itu rapat dengan pelakon wanita lain, Riena secara tegas menafikan spekulasi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan kaitkan saya“ - Keith Foo jawab tuduhan pikat Harissa Adlynn, minta hormati Riena Diana

ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana sudah ada nama Islam untuk kekasih hati, Keith Foo mahu dalami agama sebelum nikah

“Bagi saya, kalau saya sentiasa ada dengan Keith buat kandungan media sosial, susah untuk dia promosikan drama dia. Jadi saya beri peluang untuk dia fokus.

“Sekarang dia tengah sibuk dan rezeki dia pun semakin murah. Saya cuma beri ruang supaya dia boleh bersinar dalam kerjaya,” katanya.

Dalam pada itu, Riena berkata hubungan mereka sebenarnya berada dalam keadaan yang lebih tenang dan harmoni selepas bersetuju untuk mengurangkan perkongsian mengenai kisah peribadi di media sosial.

Saya cuma beri ruang supaya dia boleh bersinar dalam kerjaya.

RIENA DIANA

PELAKON

Jelasnya, sebelum ini mereka lebih mudah berselisih faham apabila terlalu kerap memuat naik kandungan bersama di alam maya.

“Kalau saya selalu buat hantaran dengan Keith, memang kami selalu bergaduh. Mula-mula saya pun tidak percaya, tapi memang jadi begitu.

“Bila kami mula perlahankan benda itu dan jalani kehidupan seperti biasa tanpa orang tahu sangat mengenai hubungan kami, pergaduhan pun semakin berkurangan,” ujarnya.

Riena jawab dakwaan bakal berkahwin hujung tahun ini. 

Sementara itu, menyentuh mengenai desas-desus bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini, Riena memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

“Orang selalu tanya, jadi saya jawab sahaja insya-Allah hujung tahun. Tapi sebenarnya belum ada perancangan yang betul lagi. 

"Hujung tahun itu dah tiga kali saya sebut, cuma tidak tahu hujung tahun bila.

“Keith pun masih banyak perkara yang dia mahu belajar mengenai Islam. Saya tidak pernah paksa dia untuk memeluk Islam, semuanya bergantung kepada diri dia sendiri. Kalau ada jodoh, adalah,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain