FESTIVAL Filem Malaysia ke-35 (FFM35) bakal tampil dengan kelainan tersendiri apabila pemenang bagi setiap kategori akan dipilih menerusi penjurian daripada kalangan penggiat industri filem tanah air sendiri.Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac berkata, penilaian peringkat akhir akan ditentukan oleh barisan penggiat seni yang pernah memenangi anugerah berkenaan pada edisi terdahulu. “Kami bangga untuk mengumumkan bahawa cara penjurian tahun ini bertukar sedikit. Ini satu kelainan yang sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.“Kita akan mencuba pendekatan baharu di mana penilaian peringkat pertama dibuat oleh panel juri, manakala keputusan akhir akan ditentukan sekitar 150 pemenang sebelum ini.Hans (kiri) memaklumkan penilaian peringkat akhir akan ditentukan oleh barisan penggiat seni.“Pemenang terdahulu akan memilih siapa yang layak bergelar pemenang bagi kategori filem, pelakon, sinematografi, skrip, lakon layar dan lain-lain,” katanya kepada mStar.Hans berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media pertama Festival Filem Malaysia ke-35 yang berlangsung di Aurum Theatre, TRX, Kuala Lumpur pada Selasa.Dalam pada itu, Hans turut mendedahkan sistem penjurian itu merupakan idea asal daripada pelakon Bront Palarae berdasarkan pengalaman serta pemerhatiannya di pelbagai festival filem antarabangsa.Malah, Hans turut merasakan kaedah baharu itu dapat mengelakkan sebarang pertikaian atau rasa tidak puas hati berhubung keputusan pemenang kelak.ARTIKEL BERKAITAN: Tercalon Pelakon Wanita Terbaik FFM, Sofia Jane buka cerita mengenai industri perfilemanARTIKEL BERKAITAN: Dah tiga kali menang di FFM, Ellie Suriaty belum bersedia nak bersara“Bront yang memberikan cadangan ini kerana dia sudah banyak menghadiri festival luar negara. Jadi, kami bersetuju untuk menterjemahkan cadangan tersebut demi kebaikan industri perfileman negara.“Dengan pemilihan seperti ini, tidak akan ada lagi persoalan berhubung siapa pemenang nanti kerana ia dinilai dan dipilih sendiri oleh rakan industri. Kita perlu buat perubahan sebab filem-filem kita pada tahun ini sangat berkualiti,” ujarnya.Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil mengumumkan Malam Anugerah FFM35 yang bertemakan Spektrum Sinema bakal dilangsungkan pada 21 November di Panggung Sari, Istana Budaya.Babah dinobat sebagai Filem Terbaik di FFM34.Jelas beliau, tarikh penyertaan akan dibuka bermula 29 Julai dan bakal ditutup pada 11 Ogos depan bagi naskhah yang memenuhi syarat kelayakan.“Tempoh kelayakan adalah bagi filem-filem tempatan yang telah ditayangkan bermula 1 Julai 2025 hingga 30 Jun lalu.“Sebanyak 25 kategori anugerah bakal dipertandingkan. Bagaimanapun, lima kategori anugerah khas yang sebelum ini wujud tidak akan dipertandingkan untuk siri kali ini iaitu Anugerah Khas Sepanjang Zaman, Anugerah Khas Karyawan, Anugerah Khas Juri 1, Anugerah Khas Juri 2 dan Filem Box Office,” jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!