suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penantian 7 tahun, Nelydia Senrose bersyukur jadi ibu

Kehidupan pasangan Nelydia dan Hafez lebih berseri dengan kehadiran anak pertama mereka.

PELAKON Datin Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.

Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 32, juga menyifatkan pengalaman bergelar ibu sebagai momen paling indah dalam hidupnya.

Menurut Nelydia, kehadiran bayi lelaki berkenaan merupakan satu anugerah yang sentiasa menjadi doa dan impian buatnya dan suami, Datuk Mohd Hafez Halimi.

Penantian tujuh tahun pasangan ini terjawab dengan kelahiran cahaya mata lelaki pada Ahad lalu.

“MasyaAllah, TabarakaAllah. Saya kini seorang ibu!

“Cinta yang saya doakan, nantikan dan impikan akhirnya kini berada di dalam dakapan saya.

"Hati saya tidak pernah merasai perasaan seumpama ini sebelum ini,” luahnya menerusi satu hantaran di Threads pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:Nelydia Senrose selamat bersalin anak sulung, suami titip ucapan menyentuh hati

ARTIKEL BERKAITAN:Nelydia Senrose bakal timang anak sulung lelaki

Pada Isnin, Hafez berkongsikan berita gembira berhubung kelahiran zuriat pertama mereka menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian berkenaan, Hafez turut memuat naik foto kenangan yang memperlihatkan dirinya setia menemani Nelydia di dalam bilik bersalin sambil memeluk erat bayi sulung mereka sejurus dilahirkan pada Ahad.

Malah, Hafez secara terbuka menzahirkan rasa kagum apabila menyaksikan sendiri kesakitan dan pengorbanan yang dilalui oleh isterinya demi melahirkan anak mereka ke dunia.

Nelydia tidak dapat gambarkan perasaan bahagia yang dialaminya kini.

“26 Julai 2026, saya menyaksikan wanita paling kuat dan paling luar biasa yang pernah saya kenal.

“Melihat awak berjuang menahan setiap kesakitan dan melalui setiap cabaran demi membawa anak lelaki kita lahir dengan selamat adalah satu momen yang akan saya simpan dalam hati sepanjang hidup,” tulis Hafez.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri pada 6 April 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain