HANTARAN pelakon Nadia Brian yang meluahkan rasa pelik terhadap segelintir rakan artis yang dihujani tawaran berlakon tanpa henti walaupun kerap hadir lewat ke lokasi penggambaran mengundang pelbagai reaksi.Malah, ada netizen sehingga yang cuba mempersoalkan tahap profesionalisme dan disiplin diri pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, itu sendiri sewaktu bekerja. Tidak berdiam diri, Nadia menerusi ruangan komen tampil mempertahankan reputasi kerjayanya dengan menegaskan dia sentiasa menjaga masa.Nadia berkongsi perkara itu di halaman Threads miliknya. “Sudah tentu saya sentiasa menepati masa. Jikalau saya terlewat sekalipun, biasanya tidak pernah lebih daripada 30 minit dan saya akan pastikan untuk maklumkan kepada pasukan produksi terlebih dahulu.“Setakat ini, Alhamdulillah saya tidak pernah mencetuskan sebarang masalah dengan mana-mana produksi yang pernah saya bekerjasama,” jelasnya.Malah, Nadia turut membidas komen sinis daripada seorang individu yang tidak berpuas hati dengan pendapatnya.ARTIKEL BERKAITAN: Anggap tiada jodoh, Nadia Brian sahkan putus cinta dengan Nedim NazriARTIKEL BERKAITAN: “Ada jodoh, adalah…” – Nadia Brian jawab soal kembali mendirikan rumah tangga Dalam kenyataan balas, aktres drama Lelaki Itu berkata, kenyataan di Thread tentang topik disiplin artis ialah luahan peribadinya sebagai anak seni.“Jadi, kenapa awak begitu sakit hati mengenai perkara ini? Ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja,” ujarnya.Menurut Nadia, 'tuah' yang dimiliki sesetengah artis tidak berdisiplin ialah situasi yang tidak adil buat pelakon yang menjaga disiplin dan memberikan komitmen penuh.Nadia sentiasa berdisiplin sepanjang kariernya. “Sangat pelik, ada sesetengah artis yang datang lewat ke set penggambaran hampir setiap hari, tetapi mereka masih tetap terus mendapat tawaran berlakon.“Sementara itu, artis yang sentiasa komited, menepati masa dan memberikan 100 peratus dalam kerja pula tidak mendapat peluang yang sama. Agak pelik, tak fikir begitu?” luahnya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!