HASRAT pelakon Nadia Brian untuk melangkah ke fasa lebih serius bersama usahawan, Nedim Nazri nampaknya tidak kesampaian apabila hubungan cinta mereka disahkan sudah berakhir.Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, mendedahkan ikatan yang terjalin selama dua bulan itu terhenti di tengah jalan dan reda dengan ketentuan takdir. Jelas Nadia, dia tidak mahu terlalu melayan perasaan sedih memandangkan tempoh perkenalan mereka masih berada di fasa awal."Kami sudah tidak ada apa-apa. Saya anggap hubungan kami ini tidak ada jodoh. Nak buat macam mana kan? Mereka berpisah secara baik. "Sebelum Ramadan lagi hubungan kami sudah putus. Sepanjang dua bulan perkenalan, saya anggap ia sesuatu yang menyeronokkan. Namun sudah ditakdirkan tiada jodoh," katanya Ketika dihubungi mStar. Hubungan cinta yang tidak kesampaian itu bagaimanapun berakhir dalam suasana harmoni tanpa sebarang sengketa.Nadia dan bekas kekasihnya yang lebih dikenali sebagai Bossned tetap saling mendoakan kesejahteraan masing-masing.ARTIKEL BERKAITAN: “Ada jodoh, adalah…” – Nadia Brian jawab soal kembali mendirikan rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nadia Brian enggan ulas dakwaan putus cinta dengan Nedim Nazri… “Malulah nak cerita hal peribadi” "Kami pun putus secara baik. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia, termasuk juga dia yang doakan untuk kebahagiaan saya," jelasnya lagi.Dalam pada itu, Nadia turut memberikan penjelasan mengenai beberapa hantaran di aplikasi Threads miliknya yang didakwa mempunyai unsur sindiran terhadap Nedim.Tegas Nadia, setiap perkongsian yang dibuat hanyalah bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu secara spesifik."Saya tidak ada pun perli di Threads. Hantaran itu bukan berniat begitu," ujarnya. Nadia nafi hantaran di Threadsnya bertujuan memerli Bossned. Meskipun sekali lagi gagal dalam percintaan, Nadia menyifatkan kegagalan itu bukanlah penamat kepada segala-galanya."Walaupun saya sudah solo dan putus cinta, namun saya tidak akan serik untuk bercinta lagi. Saya tidak rasa trauma pun," ujarnya. Jelas Nadia, dia kini mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya seni serta meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga tercinta.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube