SETELAH sekian lama memendam rasa, penyanyi Fyna Jebat mendedahkan dia sudah pun memfailkan perceraian terhadap suaminya Datuk Zainal Abidin Hassan.Fyna atau Nur Shafinaz Jebat, 31, berkata, tindakan undang-undang itu telah diambil pada Disember tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. "Saya sudah failkan perceraian pada Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Fyna fail cerai pada Disember lalu. "April ini merupakan prosiding pertama perceraian kami," katanya ketika dihubungi mStar. Jelas Fyna, keputusan untuk berpisah adalah muktamad memandangkan hasratnya untuk dilepaskan secara baik sebelum ini tidak diendahkan oleh bekas jurulatih bola sepak kebangsaan itu.Ujar Fyna, dia sudah tidak mampu menunggu lebih lama selepas sering diberikan janji-janji manis, namun tidak dikotakan.ARTIKEL BERKAITAN: Tidak mahu sorok status perkahwinan, luahan ‘disimpan’ empat tahun ditujukan kepada Zainal Abidin... “Isteri pertama tak tahu kami masih bersama”ARTIKEL BERKAITAN: “Salah orang nak gaduh, empat tahun simpan aku” - Fyna Jebat"Kali ini saya memang nekad. Sudah banyak kali minta untuk dilepaskan, tapi dia sering tunda dan janji untuk berubah. "Sudah lama saya digantung sebenarnya. Jadi, kali ini saya ambil keputusan untuk fail perceraian," ujarnya. Ditanya mengenai nafkah, Fyna berkata suaminya itu tidak pernah mengabaikan perkara tersebut. "Kalau bab nafkah, memang tiada masalah. Dia memang ada bagi. Tapi saya bersama dengan dia bukan sebab duit. Saya juga mahukan kasih sayang dia sebagai suami dan bapa," ujarnya. Zainal Abidin tidak pernah mengabaikan nafkah Fyna dan anak. Sebelum ini mStar melaporkan pendedahan berani Fyna yang mendakwa dirinya 'disimpan' selama empat tahun sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) pada Rabu, Fyna meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan melampau seorang individu dan disahkan merujuk kepada suaminya sendiri.Untuk rekod, Fyna mendirikan rumah tangga dengan Zainal Abidin pada tahun 2023 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Puteri yang kini hampir berusia dua tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube