suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlalu naif percayakan mentor, usahawan tani ‘terciduk’ kebun tembikai susu 2.5 ekar bertukar jadi kolam ikan... Senarai 3 penipuan ‘guru’ sendiri

Seorang petani muda didakwa ditipu selepas diberikan tanah sewa yang tidak sesuai untuk tanaman buahnya. -Threads

MELANGKAH ke dunia pertanian sebagai agropreneur tanpa pengalaman ibarat mempertaruhkan nasib sendiri. 

Tanpa ilmu seerta bimbingan yang tepat, golongan pemula dalam bidang ini pastinya sangat mudah menjadi mangsa sehingga terpaksa menanggung kerugian besar.

Itu juga dihadapi seorang usahawan tani ini apabila mendakwa dia ditipu oleh seorang lelaki yang juga mentornya ketika mula-mula menceburi bidang tanaman tembikai susu atau rock melon.

Menerusi perkongsian di laman Threads menggunakan akaun Sidiq Melon Farm, pemuda itu mengimbas kembali detik hitam tersebut yang disifatkan berlaku kerana dirinya masih naif dan terlalu mempercayai kata-kata 'guru' sendiri.  

"Kisah bagaimana aku 'tertipu' hidup-hidup masa mula-mula jejak kaki nak berjinak dengan dunia pertanian.   

"Waktu itu naif lagi, percaya cakap 'mentor' sendiri. Plot twist perit ini datang dengan tiga red flag (tanda amaran) utama," tulisnya pada hantaran berkenaan.   

Keadaan di tanah yang sepatutnya menjadi tempat penanaman buah dinaiki air selepas hujan. -Threads

1. Ajar sistem lain, suruh buat sistem lain di tanah sewa

Pada awalnya, mentor berkenaan mengajar kursus tanaman rock melon menggunakan sistem hidroponik. 

Namun secara tiba-tiba, dia dipelawa untuk menyewa sebidang tanah terbiar milik mentor tersebut yang berkeluasan 2.5 ekar dan disyorkan menukar kaedah tanaman kepada sistem polibeg bantal.   

2. Janji manis kemudahan sudah lengkap

Mentor tersebut memberi jaminan bahawa semua kemudahan (facilities) di tapak berkenaan sudah mencukupi. 

Pemuda itu diberitahu bahawa dia hanya perlu membersihkan kawasan sahaja sebelum boleh terus memulakan penanaman.   

3. Tanah elok 'selagi tak hujan'

Kemuncak kepada penipuan itu terbongkar apabila melibatkan keadaan geografi tanah sewaan tersebut. Mentornya mendakwa kawasan itu berada dalam keadaan baik dan tidak akan mempunyai sebarang masalah selagi tidak hujan.   

"Rupa-rupanya bila hujan sahaja, tanah lot itu bertukar jadi kolam ikan! Tenggelam terus struktur polibeg macam dalam gambar ini," luahnya kesal yang turut memuat naik foto kawasan kebunnya yang ditenggelami air bah di hantaran tersebut.   

Biarpun terpaksa menelan kepahitan akibat terpedaya dengan mainan licik mentor sendiri, usahawan itu memilih untuk menjadikan insiden berkenaan sebagai pengajaran paling berguna.   

Jelasnya, pengalaman 'ditipu' buat kali pertama itu secara tidak langsung mengajar dirinya untuk menjadi lebih kental, sekali gus membuka matanya tentang realiti sebenar dunia agropreneur.

Artikel Lain