suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak boleh terima hakikat anak dah jadi suami orang, ibu ketuk pintu bilik pengantin malam-malam - “Jenis belum putus susu begitulah”

Ahli keluarga tidak sepatutnya mengganggu privasi pengantin baharu pada malam pertama. -Gambar hiasan AI

APABILA melangkah ke alam rumah tangga, kita juga perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mentua.

Menurut seorang wanita, dia menerima kejutan yang tidak disangka-sangka apabila bilik tidurnya 'diceroboh' ibu mentua pada malam pertama.

"Masa buat kenduri belah suami, malam pertama tidur di situ, tiba-tiba ibu mentua ketuk pintu. Rupanya dia nak ajak suami aku tidur dalam bilik dia, minta temankan dia.

Pengantin baharu perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mentua. -Gambar hiasan AI

"Lepas tu aku senyap je. Suami aku pun senyap. Lepas tu mak mentua tanya aku takut ke tidur sendirian.

"Aku tergagap-gagap nak jawab. Suami aku laju je tolong jawabkan, dia kata aku penakut.

"Jadi malam tu tak jadi la suami aku tidur di bilik mak mentua. Gila, baru nikah dan suruh asing bilik, memang laki aku tak mahulah," imbas wanita itu.

  • Wanita berdepan pengalaman aneh ketika pertama kali bermalam di rumah mentua.
  • Dia terkejut pintu biliknya diketuk oleh ibu mentuanya pada waktu malam.
  • Wanita itu terkedu apabila suaminya disuruh tidur di bilik ibu mentuanya.
  • Netizen menyifatkan perbuatan ibu mentuanya sebagai satu pencerobohan privasi.

Dia berkongsi cerita itu menerusi aplikasi Threads selepas seorang individu membuka topik mengenai lelaki anak emak.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa jijik membaca perkongsian itu dan menganggapnya sebagai pencerobohan privasi.

"Gelinya. Anak dah kahwin pun nak ajak tidur bersama lagi. Dah bela dari kecil, sekarang biar bini dia pula yang jaga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak boleh pandang muka dia” - Wanita jauh hati pengakuan ibu mentua ketika berpantang, bukan menantu pilihan tetapi ‘terpaksa’ terima

ARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu ibu mentua tinggal bersama, wanita mula tak senang duduk... Geram anak-anak buat perangai, anggap nenek ‘perisai‘

"Sebenarnya memang ada mak-mak jenis macam ni. Jenis tak putus susu begitulah. Anak dia orang lain tak boleh rebut, dia seorang je boleh.

"Jijiknya kacau privasi anak. Mak mentua awak ni kurang kasih sayang," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain