suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Aku tak boleh pandang muka dia” - Wanita jauh hati pengakuan ibu mentua ketika berpantang, bukan menantu pilihan tetapi ‘terpaksa’ terima

Segelintir wanita terpaksa memendam rasa melayan ragam ibu mentua yang keterlaluan. -Gambar hiasan AI

KEGEMBIRAAN menyambut kelahiran cahaya mata sepatutnya menjadi detik paling bermakna dalam hidup seorang wanita.

Namun bagi individu ini, kebahagiaan dirasai selepas selamat melahirkan anak seakan-akan terpadam apabila menerima satu pengakuan mengejutkan daripada ibu mentua.

Lebih menambah rasa pilu apabila kata-kata tersebut diucapkan ketika dirinya sedang berpantang.

"Aku terasa sampai sekarang apabila mak mentua aku cakap yang famili dia tak setuju pun aku berkahwin dengan suami.

Setiap wanita pastinya terasa hati apabila menjadi bahan umpatan keluarga suami sendiri. -Gambar hiasan

Setiap wanita pastinya terasa hati apabila menjadi bahan umpatan keluarga suami sendiri. -Gambar hiasan

"Masa itu aku tengah berpantang, baru lepas bertarung nyawa kot," luahnya di Threads.

Pengakuan itu membuatkan dia mula mempersoalkan adakah dirinya terlalu sensitif kerana mudah terasa hati dengan kata-kata ibu mentuanya.

Tambahan pula, sejak peristiwa tersebut, dia mengakui tidak boleh memandang wajah wanita terbabit.

"Aku sensitif sangat ke? Aku terasa sampai aku tak boleh pandang muka dia," adunya sambil mengakui rasa terkilan dengan sikap ibu mentua.

  • Wanita masih terluka dengan kata-kata ibu mentua ketika berpantang.
  • Diberitahu keluarga mentua sebenarnya tidak setuju perkahwinan mereka.
  • Dakwa suaminya pernah mempunyai calon pasangan lain pilihan keluarga.
  • Pengakuan itu buat dia sukar berdepan ibu mentua hingga kini.
  • Netizen anggap tindakan mentua tidak wajar dan boleh jejaskan hubungan keluarga.

Lebih menambah rasa pilu apabila dia turut dimaklumkan keluarga mentua mempunyai calon lain yang ingin dijodohkan dengan suaminya.

Namun mereka terpaksa mengalah dan bersetuju dengan pilihan hati anak lelakinya.

"Mereka cakap terpaksa beralah sebab dia setuju anak lelaki kahwin dengan saya, sebab itulah mereka tak cakap apa-apa," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya masak, tak ada orang makan!” - Wanita sedih dipulaukan keluarga suami... Ibu mentua, kakak ipar rancak mengumpat di pagi raya

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua suka hati terjah rumah, buat macam hotel... Wanita salahkan suami sebab baik hati bagi kunci, tiada lagi privasi

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpendapat ibu mentua tidak sepatutnya membangkitkan perkara tersebut.

Malah, ada menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar kerana boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan yang telah terbina.

"Aku pun serius terasa hati sampai ke liang lahad, elok jaga jaraklah sis tapi masih menghormati dia.

"Mungkin dia nak justify, konon nanti kalau diaorang tak layan anak kau, at least kau tahu kenapa," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain