PENYANYI Bunga Citra Lestari menafikan dakwaan dirinya sedang hamil susulan spekulasi yang timbul dalam kalangan netizen di media sosial.Bunga, 43, menjelaskan keadaan perutnya yang kelihatan lebih buncit berpunca daripada masalah kembung ketika datang haid, bukannya kerana sedang mengandung. Menurut Bunga, sudut kamera tertentu juga boleh menyebabkan bentuk perutnya kelihatan berbeza daripada kebiasaan."Saya dengar ada beberapa akaun yang mengatakan saya sedang hamil. Untuk makluman, saya tidak hamil. Bunga sekali lagi menafikan dirinya sedang hamil. "Saya hanyalah manusia biasa berusia 43 tahun yang mengalami perut kembung ketika datang haid."Kadangkala, sudut kamera juga boleh membuatkan perut saya kelihatan lebih buncit. Jadi, boleh tak berhenti membuat andaian?" katanya. Penyanyi lagu Cinta Sejati itu turut memberitahu dakwaan mengenai kehamilannya bukan perkara baharu, malah dia pernah berdepan spekulasi sama sebelum ini.Jelasnya, keadaan perut wanita yang kelihatan lebih buncit pada waktu tertentu merupakan perkara biasa dan tidak sepatutnya menjadi bahan andaian orang ramai.ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari didakwa sudah hamil, ahli keluarga tampil jawab khabar anginARTIKEL BERKAITAN: [V] Bunga Citra Lestari jawab spekulasi hamil, kuat makan punca nampak buncit… "Biasalah perut mak-mak""Ini bukan kali pertama saya dikatakan hamil. Saya rasa tiada apa yang salah jika pada waktu tertentu, wanita mengalami perut kembung sehingga kelihatan lebih buncit daripada biasa," ujarnya. Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan Bunga sedang menyanyi pada sebuah acara di Jakarta, Indonesia.Bagaimanapun, penampilan penyanyi itu mencuri perhatian netizen apabila bentuk perutnya mencetuskan spekulasi bahawa dia sedang hamil.