PELAKON Korea Selatan, Lee Yi Kyung menjadi perhatian selepas beberapa tangkap layar perbualan berunsur seksual didakwa membabitkannya bersama beberapa wanita tersebar.Tangkap layar berkenaan dipercayai memaparkan perbualan menerusi aplikasi KakaoTalk dan Instagram, selain beberapa foto swafoto pelakon berusia 36 tahun itu.Pihak pengurusan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan itu. Susulan kontroversi itu, agensi yang menaungi Yi Kyung iaitu Sangyoung ENT tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai khabar angin palsu yang disebarkan dengan niat jahat.Menurut agensi tersebut, mereka kini sedang dalam persiapan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah itu. "Kami sedang membuat persiapan untuk mengambil tindakan undang-undang dan segala langkah sewajarnya akan diambil bergantung kepada tahap keseriusan perkara ini serta kesan yang berlaku akibat penyebaran tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Babak intim dalam drama ikut persetujuan, Angela Gilsha tetapkan ‘zon‘ tubuh boleh disentuhARTIKEL BERKAITAN: Sudah bersara, Randy Pangalila tak mungkin bertinju lagi"Individu yang memuat naik atau berkongsi semula kandungan seperti ini juga berisiko dikenakan tindakan undang-undang, bukan hanya pihak yang mula-mula menyebarkannya," menurut kenyataan agensi itu.Dalam pada itu, Sangyoung ENT turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan kandungan yang belum dipastikan kebenarannya. Untuk rekod, Yi Kyung dikenali menerusi lakonannya dalam beberapa drama popular termasuk Marry My Husband dan Welcome to Waikiki.