suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudah bersara, Randy Pangalila tak mungkin bertinju lagi

Randy tetap pendirian tak akan kembali bertinju.

PELAKON Randy Pangalila tidak berhasrat untuk kembali bertarung di gelanggang tinju walapun menerima tawaran lumayan.

Kata Randy, keputusan untuk meninggalkan sukan itu dibuat selepas perlawanan yang dianggap sebagai penampilan terakhirnya dalam sukan tersebut.

Menurutnya, pendirian itu kekal walaupun terdapat pihak cuba memujuknya untuk kembali ke gelanggang.

Randy tak tergoda dengan bayaran mahal.

“Tidak. Saya rasa ketika perlawanan terakhir itu, saya sudah menjelaskan dengan cukup terang bahawa ia merupakan perlawanan terakhir saya,” katanya memetik Liputan 6.

Randy beraksi kali terakhir dalam tinju apabila menewaskan Kkajhe menerusi pertandingan Byon Combat Showbiz Vol. 3 pada 22 Jun 2024.

Mengulas lanjut, Randy menegaskan keputusan untuk bersara daripada sukan pertarungan bukan disebabkan minat terhadap sukan itu semakin pudar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikejar pengutip hutang, Randy Pangalila terpaksa jual rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk latihan kickboxing, Randy Pangalila jawab dakwaan sudah tinggalkan dunia seni

“Tidak, sekarang sukan pertarungan semakin menarik. Lebih-lebih lagi, Indonesia sudah menjadi hab bagi sukan ini.

“Perlawanan besar di Indonesia juga mula menampilkan petarung dari luar negara. Saya rasa sukan ini semakin menarik,” jelasnya.

Bagaimanapun, Randy berpendapat tiada lagi keperluan untuk dia bertarung semula kerana mahu memberikan tumpuan kepada bidang lakonan yang menjadi kerjaya utama ketika ini.

Randy sedia sahut cabaran.

“Saya rasa sudah tiada sebab untuk saya menyertainya lagi. Dengan usia saya sekarang, pengalaman yang sudah dilalui dan pekerjaan yang saya miliki, lebih baik saya meneruskan kerjaya sebagai pelakon,” tambahnya.

Dalam pada itu, Randy tidak kisah jika ada pihak yang mahu mencabarnya untuk kembali ke gelanggang.

“Terpulanglah. Kalau kamu mahu mencabar saya, silakan. Mungkin dia hanya akan bercakap di media sosial sahaja,” katanya.

Artikel Lain