suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Inara Rusli mahu dakwaan zina dihentikan, bekas isteri suami peroleh rakaman CCTV secara haram

Inara mahu kes zinanya dihentikan.

PENYANYI Inara Rusli memohon agar dakwaan kes zina membabitkan dirinya bersama ahli perniagaan, Insanul Fahmi dihentikan selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dijadikan bahan bukti dipercayai diperoleh secara haram.

Peguam mewakili Inara iaitu Lechumanan berkata, penahanan bekas pemandu penyanyi tersebut iaitu Agung atas dakwaan mengakses CCTV secara haram menimbulkan persoalan mengenai kesahihan bahan bukti yang digunakan dalam laporan dibuat bekas isteri Insanul, Wardatina Mawa.

Inara dan Insanul sebelum ini tidak mengaku bersalah. 

Menurut Lechumanan, rakaman yang diperoleh secara tidak sah tidak sepatutnya diterima sebagai bahan bukti dalam proses perundangan.

"Menurut undang-undang, barang yang diperoleh secara tidak sah tidak boleh dianggap sebagai bahan bukti. Ia memang tidak boleh digunakan," katanya.

Dalam masa sama, pihak Inara masih membuka ruang untuk menyelesaikan pertikaian tersebut secara baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Madu Inara Rusli nekad mahu cerai, tak mahu hidup berpoligami

ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli gagal tunjuk bukti nikah, mengaku tak berzina

Sementara itu, peguam Insanul, Deddy DJ turut meminta pihak berkuasa menghentikan siasatan jika unsur jenayah tidak dapat dibuktikan.

"Matlamat undang-undang jenayah bukan semata-mata untuk menghukum seseorang, sebaliknya bagaimana hubungan antara pihak terlibat dapat dipulihkan semula," ujarnya.

Terdahulu, Mawa dilaporkan enggan menerima cadangan perdamaian dan tetap mahu meneruskan laporan dakwaan zina terhadap suaminya, Insanul dan Inara.

Artikel Lain