ISTERI kepada usahawan Insanul Fahmi iaitu Wardatina Mawa nekad untuk bercerai kerana enggan hidup berpoligami. Peguam yang mewakili Mawa, Fedhli menegaskan anak guamnya itu tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Insanul. "Kalau soal itu (perceraian), dia (Mawa) tetap dengan pendiriannya. Dia tidak mahu berpoligami dan tetap teguh untuk bercerai," ujar Fedhli kepada portal berita Kompas. Inara (kanan) merupakan isteri kedua Insanul.Bagaimanapun, difahamkan buat masa ini permohonan cerai tersebut masih belum didaftarkan. Dalam pada itu, Fedhli berkata Mawa kini memberi fokus terhadap penyelesaian proses undang-undang berkaitan dakwaan perselingkuhan dan kelakuan zina Insanul Fahmi dan Inara Rusli. ARTIKEL BERKAITAN: Suami Inara Rusli dakwa isteri pertama kerap tolak hubungan intim, rumah tangga sudah lama bermasalahARTIKEL BERKAITAN: Dulu jadi mangsa curang, kini Inara Rusli didakwa perosak rumah tangga dan cuba melakukan zina"Kami sedang menunggu proses di Polda (polis daerah) dan ada lagi proses siasatan jenayah, jadi memang masih menunggu dahulu (fail cerai)," ujarnya. Kontroversi membabitkan Inara mula timbul selepas isteri pertama Insanul iaitu Mawa tampil membuat laporan polis mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan penyanyi itu. Insanul kemudian dalam satu temu bual menafikan perbuatan zina dengan Inara dan memberitahu mereka sah bergelar suami isteri pada Ogos lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube