PELAKON kanak-kanak Nickleodeon, Tylor Chase kini ditempatkan di sebuah hotel dengan bantuan rakan artis, Daniel Curtis Lee yang ingin memastikan Tylor mendapat makanan dan tempat perlindungan.
Dalam sebuah perkongsian video di Instagram, Daniel dilihat membawa Tylor ke restoran pizza sebelum menempatkannya di hotel.
Kata Daniel, dia tidak sanggup melihat rakannya hidup sebagai gelandangan dan terbuka untuk memberikan bantuan.
"Dia (Tylor) percaya pada kawan lama. Hujan turun di luar dan saya cuma mahu dia mendapat sekurang-kurangnya penginapan asas.

Tylor (kiri) kini hidup sebagai gelandangan.
"Saya percaya pada awak. Kita akan berjaya, yang perlu kita lakukan hanyalah terus bertahan dan bekerja keras," katanya.
Dalam hantaran sama, Tylor turut dilihat berpeluang bercakap dengan rakan lakonnya dalam siri popular Ned's Declassified School Survival Guide, Devon Werkheiser menerusi panggilan video.
Rata-rata netizen menyatakan rasa sebak melihat nasib Tylor sekali gus membangkitkan isu mengenai kesan negatif selebriti kanak-kanak.
"Ini yang buatkan saya rasa sedih. Dia (Tylor) cuba untuk mengelak kamera. Harap dia dapat bangkit semula.
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu bintang terkenal, kini hidup gelandangan
ARTIKEL BERKAITAN: Tylor Chase pilih hidup gelandangan, tolak sebarang bentuk bantuan kerajaan
"Populariti zaman kanak-kanak memberi kesan buruk kepadanya. Industri Hollywood memang teruk," tulis netizen.
Sebelum ini, Tylor mencuri tumpuan ramai apabila dilaporkan hidup sebagai gelandangan di jalanan California, Amerika Syarikat.
Aksi Tylor yang berpenampilan lusuh dan tidak terurus serta memakai seluar jeans koyak meraih simpati ramai.
Untuk info, Tylor dikenali ramai menerusi wataknya sebagai Martin Qwerly dalam siri popular Ned’s Declassified School Survival Guide, yang disiarkan dari 2004 hingga 2007.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


