suria

Suami Inara Rusli dakwa isteri pertama kerap tolak hubungan intim, rumah tangga sudah lama bermasalah

Insanul dakwa Mawa juga sering bercakap kasar dengannya.

USAHAWAN Insanul Fahmi tampil bersuara selepas didakwa telah melakukan zina dengan pempengaruh Inara Rusli yang kini menjadi isteri keduanya susulan pendedahan dibuat isteri pertamanya, Wardatina Mawa.

Menurut Insanul, hubungan rumah tangga dengan Mawa sudah lama goyah dan berpunca daripada komunikasi yang tegang selain isu dalam hubungan suami isteri.

Kes zina Insanul dan Inara menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

“Cara bercakap dia agak keras. Saya pulang kerja dalam keadaan letih, terus kena marah. Paling susah adalah urusan hubungan suami isteri kerana dia kerap menolak,” katanya.

Tidak terhenti di situ, Insanul turut mendakwa Mawa bersikap terlalu posesif, termasuk meminta supaya pekerja wanita dipecat tanpa alasan munasabah.

“Dia minta saya pecat pekerja hanya kerana pekerja itu perempuan, sedangkan tiada sebab kukuh. Padahal pekerja tersebut antara yang terbaik ketika itu,” ujarnya.

Untuk rekod, kontroversi ini tercetus apabila Mawa membuat laporan polis terhadap Insanul dan Inara di Polda Metro Jaya atas dakwaan perzinaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mengaku masih bujang padahal dah ada bini, rahsia terbongkar selepas 12 hari bernikah… Inara Rusli akui tertipu 

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu jadi mangsa curang, kini Inara Rusli didakwa perosak rumah tangga dan cuba melakukan zina

Susulan laporan tersebut, Insanul telah hadir menjalani pemeriksaan di Polda Metro Jaya berkaitan kes berkenaan.

Bagaimanapun, Insanul enggan mengulas lanjut mengenai pemeriksaan yang dijalankan di Unit Perkhidmatan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA), sebaliknya hanya memohon doa agar urusannya dipermudahkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain