suria

Jennifer Coppen umum bertunang dengan pemain bola sepak, cincin lamaran bernilai RM34,000 jadi tumpuan

Cincin tunang Jennifer curi tumpuan netizen.

PELAKON Jennifer Coppen selamat bertunang dengan pemain bola sepak Indonesia, Justin Hubner sejurus dilamar pada malam Rabu lalu.

Momen istimewa itu disambut dengan senyuman manis sambil Jennifer, 24, mempamerkan cincin berlian yang menjadi tumpuan ramai.

Lamaran tersebut berlaku dalam suasana intim sempena majlis makan malam sambutan Krismas bersama keluarga di Belanda. 

Momen Jennifer ketika dilamar oleh Justin.

Detik romantis ini dikongsi sendiri oleh pasangan itu di akaun Instagram masing-masing, sekali gus menarik perhatian netizen. 

Dalam foto yang tular, Justin tampil bergaya dengan sut hitam manakala Jennifer mengenakan gaun elegan rona sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru setahun suami meninggal, Jennifer Coppen dah jumpa bapa baru buat Kamari  

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Coppen dikejar pemungut hutang gara-gara bekas pengasuh anak

Difahamkan cincin di jari manis Jennifer itu dipercayai berjenama mewah iaitu Henri Daussi dengan potongan berlian berbentuk cushion cut

Cincin berharga kira-kira Rp140 juta (RM34,000) itu turut menampilkan berlian utama seberat 1.02 karat dan dikelilingi 28 berlian kecil, menjadikan ia berkilau sempurna. 

Selain itu, rangka cincin itu dikatakan diperbuat daripada emas putih 18 karat. 

Jennifer kini sudah menjadi tunang kepada Justin.

Untuk rekod, Jennifer pernah berkahwin dengan Dali Wassink pada 10 Oktober 2023, namun suaminya itu meninggal dunia pada 18 Julai 2024.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Kamari Sky Wassink yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain