suria

Salute Ahn Bo Hyun! Hulur sumbangan RM280,000 buat kanak-kanak masalah penglihatan

Bo Hyun sentiasa memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

PELAKON Korea Selatan, Ahn Bo Hyun, menyumbangkan 100 juta won (sekitar RM280,000) kepada Community Chest of Korea (Love Fruit) menjelang penghujung tahun ini sebagai sebahagian daripada komitmennya dalam kerja kebajikan.

Sumbangan tersebut akan digunakan bagi program pencegahan kehilangan penglihatan untuk kanak-kanak dan remaja daripada keluarga berpendapatan rendah menerusi Korea Foundation for the Prevention of Blindness.

Bo Hyun beri sumbangan sekitar RM280,000.

Menurut kenyataan pihak berkaitan, dana itu akan menampung kos pembedahan kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan seperti katarak dan penyakit retina, selain rawatan pemulihan untuk rabun penglihatan bagi membantu mereka menjalani kehidupan lebih baik.

Disalurkan menjelang sambutan Krismas, sumbangan berkenaan diharap dapat membantu kanak-kanak yang sebelum ini menangguhkan rawatan akibat kekangan kewangan.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Bo Hyun terlibat dalam aktiviti kebajikan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ahn Bo Hyun tak pernah pesan ayam goreng sepanjang hidup, peti ais penuh makanan sihat

ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo dan Ahn Bo Hyun sudah putus, komitmen kerja punca hubungan cinta tak kekal lama

Pada tahun 2020, ketika pandemik Covid-19, aktor itu menyumbangkan 3,000 botol cecair sanitasi tangan kepada pusat jagaan dan kebajikan. 

Pada 2022 pula, Bo Hyun menyalurkan produk kebersihan bernilai 50 juta won (RM140,000) bagi membantu golongan wanita daripada komuniti terdedah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain