NAMA pelakon Anrez Adelio kini hangat menjadi bualan selepas seorang wanita tampil mendakwa dirinya hamil hasil hubungan bersama aktor berkenaan.
Wanita bernama Friceilda Prillea, juga mendedahkan bahawa pelakon tersebut terus menghilangkan diri kerana tidak mahu bertanggungjawab selepas dimaklumkan dia adalah bapa kepada anak dalam kandungan itu.
“Saya hamil lapan bulan anak Anrez Putra Adelio.

Friceilda (kanan) tampil membuat pendedahan mengejutkan.
“Saya menjalani semuanya sendiri sejak awal hingga hari ini. Dia meninggalkan saya begitu sahaja,” katanya dalam satu sidang media tergempar yang membongkar perkara tersebut.
Bercerita tentang hubungan mereka, menurut Friceilda, perkenalan bermula dengan saling membalas mesej di laman TikTok sekitar Mei tahun lalu.
Selepas beberapa bulan, mereka kemudian membuat keputusan untuk berjumpa secara bersemuka.
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tahu alamat rumah Mahalini di Bali, siap masuk dalam Google Maps
ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup seorang, Ahmad Dhani mahu ambil anak angkat dari Gaza
Menurut wanita itu, keakraban bersama Anrez membuatkan dia merasa hubungan mereka seperti pasangan kekasih.
Sementara itu, peguam yang mewakili Friceilda turut mendedahkan bukti bahawa Anrez pernah meminta anak guamnya menggugurkan kandungan.

Anrez berdepan kecaman susulan dakwaan yang timbul.
Anrez didakwa memaksa wanita tersebut mengambil ubat untuk menggugurkan kandungan sebelum bahagian perut membesar dan jelas kelihatan hamil.
Anrez juga memberi alasan bahawa dia belum bersedia untuk menjadi seorang bapa.
Difahamkan, laporan telah dibuat oleh Friceilda dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


