suria

Peminat tahu alamat rumah Mahalini di Bali, siap masuk dalam Google Maps

Mahalini berkongsi kisah lucu mengenai kediamannya di Bali, Indonesia.

PENYANYI Mahalini meluahkan perasaan kurang senang apabila kediamannya di Bali, Indonesia kini diketahui ramai orang sekali gus menjejaskan privasi dirinya dan keluarga.

Menerusi satu temu bual podcast, Mahalini memberithau perkara itu berlaku sejak dia menyertai program realiti Indonesian Idol apabila bapanya, I Gede Suraharja menggantung sepanduk di hadapan kediaman mereka.

"Sejujurnya satu perkara yang saya tidak suka adalah apabila orang tahu alamat rumah saya. 

Mahalini tidak selesa apabila privasi keluarganya terganggu.

"Bukan salah mereka (peminat) tetapi salah saya dan juga bapa. Maaf saya bukan nak salahkan bapa saya juga. 

"Sewaktu saya di Idol, bapa saya letak banner muka saya di depan rumah," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mahalini kembali menyanyi, Rizky Febian sanggup tolak ‘job’ jaga anak

ARTIKEL BERKAITAN: Tunaikan permintaan peminat, Mahalini bakal kembali ke Malaysia... ‘Comeback’ selepas rehat panjang

Dalam pada itu, Mahalini menyifatkan tindakan bapanya itu dibuat sebagai tanda sokongan, namun ia secara tidak langsung menarik perhatian ramai orang terhadap lokasi kediamannya.

Malah, penyanyi lagu Sial itu turut mendedahkan bahawa bukan hanya di hadapan rumah, malah sepanduk turut dipasang di sekitar kawasan perumahan. 

Lebih mengejutkan, lokasi kediamannya turut dinamakan sebagai “Rumah Mahalini” di aplikasi Google Maps.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain