PENYANYI Mahalini meluahkan rasa teruja apabila bakal menghiburkan peminat di Malaysia menerusi KOMA Live in Concert yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 2 Mei tahun depan.
Mahalini, 25, memberitahu sukar untuk menggambarkan perasaannya apabila mengetahui ramai peminat masih menantikan kemunculan semulanya di pentas konsert.
Kata Mahalini, konsert tersebut amat bermakna buatnya memandangkan sudah lama dia tidak berkunjung ke Malaysia.

Mahalini bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada Mei tahun depan.
"Saya benar-benar tidak dapat mengungkapkan perasaan ini kerana bercampur baur. Saya gembira dan terharu, rasa macam tak sangka ada peminat yang menantikan kemunculan semula saya.
"Saya juga sangat teruja untuk buat konsert di Kuala Lumpur kerana kali terakhir saya ke sana mungkin tahun lalu. Rasanya macam lama sangat.
"Sambutan penyokong saya di Malaysia juga luar biasa kerana saya tidak pernah menyangka mempunyai peminat di sana," katanya kepada media.
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Mahalini kembali menyanyi, Rizky Febian sanggup tolak ‘job’ jaga anak
ARTIKEL BERKAITAN:Mahalini menangis selepas setahun berehat… “Saya rindu nak menyanyi”
Dalam pada itu, Mahalini turut mengakui sambutan peminat di Malaysia sentiasa luar biasa dan di luar jangkaannya sebagai seorang penyanyi dari negara jiran.
"Peminat di Malaysia sentiasa streaming lagu-lagu saya dan sentiasa DM tanya bila nak jual tiket konsert.
"Bila sudah diumumkan tarikh penjualan tiket, saya harap semua peminat saya di Kuala Lumpur dapat membeli tiket konsert itu nanti," ujarnya.
KOMA Live in Concert bukan sekadar 'comeback' selepas hampir setahun Mahalini berehat dalam dunia nyanyian kerana melahirkan cahaya mata pertama.
Konsert ini merupakan naskhah muzik yang menggambarkan perjalanan Mahalini dalam mencari ketenangan dan pemulihan diri.

Kemunculan Mahalini buat kali pertama bertemu media selepas setahun berehat.
Antara Suara, dengan kerjasama Star Media Nusantara (SMN), memilih Jakarta dan Kuala Lumpur sebagai dua destinasi pertama untuk menyaksikan perjalanan baharu Mahalini ini.
KOMA Live in Concert bakal berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2026.
Peminat sudah boleh mendapatkan tiket di laman rasmi komaliveinconcert.com
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


