SELEPAS sekian lama tidak muncul dalam program televisyen, selebriti dan usahawan Neelofa tampil sebagai juri dalam program realiti terbaharu berjudul Mualim Muda. Sebagai seorang yang dikenali, Neelofa atau Noor Neelof Mohd Noor, 33, tidak mahu penglibatannya kali ini menjadi tumpuan berbanding barisan peserta yang bertanding. "Tumpuan tetap kepada peserta. Kami hanya memberi sokongan sebagai lampu-lampu yang pernah bersinar dalam industri. Bukan nak overshadow sesiapa," katanya. Neelofa dan PU Riz sama-sama terlibat dalam program Mualim Muda. Bukan hanya Neelofa, program ini juga turut menampilkan suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Haris sebagai pengacara yang akan bergandingan bersama Fakhrul UNIC. Terlibat dalam program berbentuk keagamaan, menurut Neelofa tanggungjawabnya lebih kepada melihat aspek persembahan kerana dia sendiri sudah berpengalaman sebagai pengacara. "Apabila mereka di atas pentas, kita yang sudah berada dalam industri ini tahu kriteria apa yang dimahukan. Perkara itu yang saya boleh beri komen atau nasihat. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Neelofa, PU Riz jawab isu kenakan bayaran tinggi untuk kelas agama… “Kami buat di hotel lima bintang, makan pun sedap” ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz, Neelofa didik anak kenal Tuhan melalui buku sejak kecil"Kita mahu sebaik mereka keluar daripada platform ini, mereka mampu menyumbang dalam bab agama kepada lebih ramai orang di luar sana," ujarnya. Mualim Muda menampilkan 10 peserta yang mempunyai latar belakang agama. Barisan peserta Mualim Muda. Program ini direka dengan misi menginspirasi generasi muda untuk memperkukuh ilmu agama, membina jati diri, berbakti kepada masyarakat, dan mengaplikasikan nilai Islam dalam segala realiti kehidupan.Selain Neelofa, turut bertindak sebagai juri tetap ialah Datuk Kazim Elias serta Dr. Kamilin Jamilin. Mualim Muda akan mula bersiaran di saluran Astro Oasis dan Astro Prima bermula 19 Disember ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!