suria

Neelofa, PU Riz jawab isu kenakan bayaran tinggi untuk kelas agama… “Kami buat di hotel lima bintang, makan pun sedap”

Neelofa (kiri) dan Haris mahu memberi pengalaman berbeza buat tetamu.

PASANGAN selebriti Neelofa dan PU Riz tempil menjelaskan mengenai kecaman sesetengah pihak yang mempertikaikan bayaran kelas agama anjuran mereka. 

Kata Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 36, apa yang ditawarkan adalah setimpal dengan bayaran dikenakan. 

“Kami buat di hotel lima bintang dan makanan disediakan sedap. Tetamu yang hadir bukan sekadar datang dan balik. 

Kelas agama anjuran Neelofa dan Haris (kanan) didakwa mengenakan bayaran mahal.

“Kami berikan satu pengalaman berbeza buat semua tetamu. Setakat ini, tiada siapa yang merungut dengan apa yang kami berikan,” katanya kepada mStar. 

Neelofa dan PU Riz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Mualim Muda yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu. 

Bersetuju dengan kenyataan isterinya, PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 30, program yang dianjurkan bertujuan untuk memberi satu pengalaman berbeza buat semua tetamu yang hadir. 

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, PU Riz dikecam kenakan bayaran tinggi untuk kelas agama... “RM850 seorang, ilmu apalah yang diajar”

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz, Neelofa didik anak kenal Tuhan melalui buku sejak kecil

Malah, kata PU Riz, pihaknya turut mengundang tetamu undangan untuk berkongsi pengalaman secara eksklusif dalam majlis mereka. 

“Ilmu yang disampaikan boleh dapat di luar sana. Cuma mungkin pendekatan kami agak berbeza. Kami hanya mahu angkat industri ceramah ke tahap lebih tinggi. 

“Kami juga bawakan rakan-akan secara eksklusif untuk kongsi pengalaman mereka. 

“Jika ada yang rasa sesuai untuk bayar bagi satu sesi yang baik, mengapa tidak?” ujarnya. 

Neelofa (kiri) dan Haris berharap penganjuran program mereka dapat diperluaskan lagi.

PU Riz dalam masa sama turut berharap penganjuran program itu dapat diperluaskan kepada lebih ramai orang. 

Sebelum ini menerusi beberapa hantaran di media sosial terdapat segelintir pihak meluahkan rasa kurang senang melihat harga majlis ilmu yang dianjurkan pasangan itu. 

Ada yang menganggap harga yang dikenakan sekitar RM850 terlalu tinggi dan disifatkan tidak wajar untuk sebuah majlis ilmu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain