suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenta stres hutang keliling pinggang sejak JBJ dibubarkan, cari jalan lunas tunggakan RM1.2 juta

Kenta tidak mahu menghampakan orang yang pernah membantunya.

PENYANYI Kenta mendedahkan berdepan masalah kewangan dan menanggung hutang yang banyak selepas bergerak solo susulan pembubaran kumpulan JBJ.

Situasi itu memberi tekanan besar buat Kenta sehingga dia pernah merasakan bidang seni bukan lagi kerjaya yang sesuai buatnya.

"Saya menanggung hutang sebanyak RM1.2 juta selepas meninggalkan syarikat pengurusan. Satu perasaan yang berat dan tanggungjawab untuk saya langsaikan hutang tersebut.

"Ada ketika saya rasa mahu berhenti. Menjadi penyanyi tidak sesuai untuk saya. Saya berdepan tekanan dan hilang matlamat hidup," katanya dalam satu temu bual.

Kenta kerja keras untuk langsaikan hutang. 

JBJ merupakan sebuah kumpulan yang dianggotai oleh enam ahli dan ditubuhkan sekitar tahun 2007.

Kumpulan ini mula mencipta nama menerusi lagu mereka berjudul My Flower, namun tidak bertahan lama dalam industri seni.

JBJ dibubarkan selepas hanya tujuh bulan dan Kenta bersama anggota lain membawa haluan masing-masing menerusi projek solo.

Meskipun melalui pengalaman hidup sukar, Kenta tidak pernah lari daripada membayar hutang berkenaan dan kini dia kembali aktif dalam dunia seni demi mencari pendapatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Seungri sudah berkahwin, bakal timang anak pertama 

ARTIKEL BERKAITAN: Muka tak malu! Aktor didakwa enggan pindah dari kondo dipinjamkan sejak Covid-19, siap ‘rembat‘ jam tangan mewah tuan rumah

"Saya menemui matlamat baharu. Perkara pertama yang mahu saya lakukan ialah melangsaikan hutang. Namun, masih banyak yang perlu dibayar.

"Akibat hutang, akaun bank saya disita dan pernah ketika saya hanya mempunyai wang kertas 1,000 Korean won. Saya tertanya-tanya bagaimana mahu makan pada keesokan harinya. Ketika itu, saya hanya cuba bertahan dari sehari ke sehari.

"Ramai yang datang memberi bantuan dan saya kira itu juga sebagai hutang untuk balas jasa mereka. Jadi, sebenarnya saya bersyukur dengan hutang ini kerana ia menjadi pendorong untuk terus maju," kongsinya.

Artikel Lain