PELAKON Korea Selatan, Kim Yoo Jung meraih perhatian netizen selepas pengasas sebuah jenama fesyen mewah didakwa menyentuhnya secara melampaui batas ketika menghadiri satu acara di Hong Kong.Insiden itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminat apabila rakaman dan gambar kejadian itu tersebar di media sosial. Kim Yoo Jung, 26, dilaporkan menghadiri acara anjuran jenama mewah Brunello Cucinelli sebelum tindakan individu berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam talian.Antara video yang tular melibatkan Kim Yoo Jung di acara berkenaan.Menerusi platform Weibo, netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pengasas jenama itu yang didakwa melampaui batas ketika berinteraksi dengan pelakon terbabit.Isu tersebut turut mendapat perhatian peminat antarabangsa, dengan ramai menyuarakan pandangan bahawa ruang peribadi seseorang perlu dihormati, termasuk ketika menghadiri acara rasmi.Malah, nama Kim Yoo Jung dilaporkan menjadi antara carian hangat di Weibo susulan kontroversi berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Tertekan Dikecam, Kim Yoo Jung Dimasukkan Ke HospitalARTIKEL BERKAITAN: Kim Yoo Jung Dikritik Rendahkan Golongan BawahanDalam pada itu, netizen turut mengaitkan insiden tersebut dengan gambar terdahulu membabitkan beberapa pelakon wanita lain, termasuk Liu Tao dan Chen Duling, ketika menghadiri acara bersama individu sama.Perkara itu sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai batasan sentuhan fizikal ketika sesi bergambar, khususnya melibatkan selebriti wanita.Rata-rata netizen berpendapat bahawa interaksi dalam acara rasmi seharusnya dilakukan secara profesional tanpa menjejaskan keselesaan individu lain.Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, tiada kenyataan rasmi daripada Kim Yoo Jung berhubung dakwaan itu.