suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tertekan Dikecam, Kim Yoo Jung Dimasukkan Ke Hospital

PELAKON Kim Yoo Jung dimasukkan ke hospital pada Rabu lalu selepas terlalu tertekan dengan kecaman peminat di laman sosial.

Seperti dipetik Koreaboo, pelakon ini mendapatkan rawatan selepas keadaannya semakin parah dan menunjukkan gejala stres yang teruk.

Pelakon ini dikecam selepas muncul pada majlis tayangan perdana sebuah filem dan dianggap melakukan perkara yang tidak sopan ketika berada di khalayak.

"Kim Yoo Jung menunjukkan gejala stres yang teruk dan dia perlu mendapatkan rawatan segera.

"Segala kegiatan seninya terpaksa dibatalkan buat sementara waktu," ujar pengurusannya.

Pelakon wanita itu dikatakan bermain dengan kukunya ketika berada di pentas sehingga membuatkan penonton kurang senang.

Bagaimanapun, dia telah meminta maaf dan menyesal dengan perbuatannya itu.

Kim Yoo Jung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain