Menggunakan kekerasan bertujuan untuk mendidik anak bukanlah satu-satunya cara untuk membentuk disiplin mereka. -Gambar hiasan AI
SETIAP ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak, termasuk menegur dan menghukum apabila si kecil melakukan kesilapan.Namun dalam usaha membentuk disiplin, tindakan berlebihan sesetengah orang tua boleh meninggalkan kesan mendalam terhadap emosi anak, malah menjadi kenangan pahit yang sukar dilupakan meskipun bertahun-tahun telah berlalu. Bagi seorang individu ini, pengalaman pertama kali dipukul oleh bapa ketika berusia tujuh tahun masih segar dan berbekas dalam ingatannya sehingga ke hari ini."Pertama kali kena pukul oleh ibu bapa. Ingat lagi waktu tu saya berumur tujuh tahun. Tengah santai-santai dekat ruang tamu sambil tengok majalah dengan bapa saya. "Mungkin waktu tu saya teruja sangat tengok majalah jadi saya belek-belek majalah tu cepat-cepat. Tiba-tiba penumbuk hinggap dekat mulut saya," kongsinya.Pendekatan yang lembut namun tegas sewajarnya diterapkan dalam mendidik anak-anak. -Gambar hiasan AITambah individu itu, dia terus bergegas masuk ke bilik sambil menangis sebelum menyedari dia mengalami kecederaan akibat tumbukan berkenaan."Mulut saya berdarah, gigi saya tercabut sebatang," imbasnya tentang insiden itu. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu ayah garang teramat, kini bukan main penyayang... anak pelik apa rahsia cucu ‘lembutkan’ datuknyaARTIKEL BERKAITAN: Bapa garang berubah sporting sejak jadi imam, kejutkan anak ‘hantu PUBG’ dengan gaming chair - “Mak bising kerusi dapur asyik hilang”Apa yang membuatkan dia lebih terkilan, bapanya langsung tidak menunjukkan rasa bersalah di atas apa yang telah dilakukan. "Sampai sekarang dia tak pernah minta maaf pasal tu. Mungkin dia dah lupa tapi saya ingat lagi sampai sekarang," ujarnya.Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap individu berkenaan dan berpendapat bahawa pengalaman pahit ketika kecil boleh meninggalkan kesan emosi yang berpanjangan.Seorang individu mengimbas pengalaman pertama kali dipukul bapa ketika berusia tujuh tahun.Kejadian berlaku ketika dia sedang melihat majalah bersama bapanya di ruang tamu.Dia membelek majalah cepat-cepat sebelum tumbukan hinggap di mulutnya.Akibat tumbukan itu, mulutnya berdarah dan sebatang giginya tercabut.Dia terkilan kerana bapanya tidak pernah meminta maaf atas kejadian itu sehingga kini.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai pengalaman dibesarkan dengan cara didikan yang keras serta kesannya terhadap anak apabila dewasa."Adik jatuh parit dan luka dekat dagu, tapi aku yang kena lempang sebab tak jaga adik."Arwah ayah libas dengan tali pinggang dekat belakang badan sebab keluar main petang dan balik pukul 7 malam."Tukar saluran TV. Lepas tu adik mengamuk terbalikkan nasi, aku kena tibai dengan arwah ayah," komen netizen.